Bebaskan Palestin!

Monday, June 29, 2009

Outward Bound School

السلام عليكم و رحمة الله وباركاته

"Eh,nape x hitam pun??",
"Tak berubah pun kulit ko",
"Macam tak kena panas je ko ni",
"Ko pegi tak OBS??",
"gane? itam dok?", kata irsyad dalam sembang2 di sebelah.

Ini adalah sebahagian dialog yang mengaitkan keadaan aku selepas pulang dari Outward Bound School(OBS) di Lumut, Perak. Aku sendiri tak tahu macam mana kulit aku tak banyak berubah berbanding orang lain(tapi aku rasa semua orang dalam batch 4/09 tak banyak yang jadi hitam lepas berOBS). Jadi, jangan salahkan aku kalau aku tidak berubah menjadi hitam ye kawan-kawan yang pergi OBS batch 1,2 & 3/09.

Untuk pengetahuan semua, sebab utama yang telah menyebabkan kebanyakan kulit kami berubah menjadi gelap adalah kerana sunburn. Kita sekarang berada dalam suasana pemanasan global. Jadi, tak hairanlah kulit kami boleh terbakar dek kerana bermain kayak dan kapal layar. Namun, kebetulan dalam batch 4/09 PETRONAS SCHOLAR kami sampai lebih kurang 2 jam lepas matahari terik ya'ni dalam pukul 1-2 petang.

Oh ya, sepanjang seminggu kami berada kat Outward Bound Malaysia Lumut(OBML), kami hanya sempat melakukan dua aktiviti: Kayaking dan Whaling(Sailing). Bagi aku, kedua-dua aktiviti ini menarik dan enjoying walaupun betul-betul memenatkan badan.

Hari pertama:
Tak buat apa-apa sangat. Banyak menghabiskan tenaga memanjat bukit ke tempat penginapan kami di Dorm Camah. Untuk pengetahuan, Dorm Camah adalah tempat penginapan yang paling tinggi di OBML. Tapi yang bestnya kat sini, pemandangannya cukup cantik. Sebahagian Kem Tentera Laut Lumut dapat dilihat dari sini. Tapi sayang sebab handset aku terpaksa disimpan kepada pihak sekolah. Kalau tidak boleh ambil gambar seperti yang aku sebutkan tadi. Lainlah kalau aku bawa kamera. Boleh je nak ambil guna kamera sebab kamera tak disimpan oleh pihak sekolah.

Hari kedua:
Pagi-pagi lepas subuh terus kami ke Dewan Gym(Gym Hall) untuk senaman pagi. Lepas sarapan terus berlatih kayak. Oh ya, lupa nak bagitahu. Aku berada dalam kumpulan 2 dan watch Jerai. Semua watch dinamakan dengan nama gunung. Ini adalah kali kedua aku berkayak selepas berkayak di Pulau Pangkor tahun lepas. Pukul 2 setengah usai solat zohor terus kami berekspidisi kayak ke Pulau Pangkor. Ikut jadual kami sepatut pergi ke Teluk Sekadih namun disebabkan angin kuat dan arus bertentangan, kami terpaksa pergi ke Pantai Shawal yang ada berhampiran Sungai Manjung. Alhamdulillah, dalam pukul 5 kami selamat sampai ke tempat yang dituju walaupun badan terasa amat letih. Mengikut kata instructor kami, jarak yang kami lalui adalah sepanjang 8 Kilometer.

Hari ketiga:
Pukul 3 adalah masa aku bersentri untuk menjaga barang-barang kami dari sebarang kehilangan terutamanya jika ada makhluk ALLAH yang sangat pandai membuka makanan-makanan kami iaitu si monyet. Instructor kami banyak kali mengingatkan kami untuk menjaga dengan baik makanan-makanan kami daripada monyet-monyet pulau itu. Lepas subuh terus kami packing semua barang untuk diangkut ke dalam mother boat. Lebih kurang jam 8 pagi, semua siap untuk berkayak menuju masuk Sungai Manjung. Di sinilah kami hampir dilanggar sebuah kapal besar yang aku tak ingat nama betulnya. Tapi tak silap aku namanya Tokyo Marine. Tengah hari kami sampai di OBML.

Hari keempat:
Kami belajar Rowing and Ringging di sebelah pagi manakala Sailing di sebelah petang. Kami belayar pada keesokan harinya.

Hari kelima:
Hari kami berlayar mengelilingi Pulau Pangkor. Aku ditugaskan mengawal layar belakang dan kadang-kala mengayuh kapal layar semasa angin tak cukup kuat. 8 kuasa kuda mampu untuk membawa kami seramai 14 orang pekerja dan seorang pelancong(instructor kami) lebih separuh perjalanan manakala sebahagiannya dibantu oleh kuasa ALLAH menyampaikan angin ke layar-layar kami. Alhamdulillah, dapat juga merasa nikmat belayar. Ingatkan terpaksa mengayuh sampai ke tempat yang dituju. Kami dibantu angin hinggalah ke tempat camping kami. Kali ini kami terpaksa berkhemah di tempat yang sama: Pantai Shawal.

Hari keenam:
Subuh lagi kami mengemas barang untuk kali terakhir sebelum berangkat meninggalkan Pulau Shawal. Sebaik sahaja semua orang meninggalkan pulau itu, sekawan monyet terus ke tempat perkhemahan kami. Mencari-cari makanan yang ditinggalkan mungkin. Walaupun dari permulaan sampai la ke OBML kami terpaksa berkayuh, tapi cukup enjoy kerana kali ini semua lelaki yang berkayuh untuk berlawan dengan watch Ulu Sepat. Letih. Itulah boleh aku ucapkan apabila tiba di tepi pantai. Tapi barang-barang masih belum diangkat. Lepas semua selesai barulah kami mengerah tenaga naik ke tempat yang paling tinggi dalam kawasan OBML. Orang lain mungkin letih tangan sahaja tapi bagi kami bagi kaum lelaki dari watch Jerai dan Ulu Sepat, kaki kami pun dah jadi kuat. Tapi, ini adalah peluang aku untuk Push The Limit. Malamnya kami berBBQ dan menyiapkan tugasan kami sebelum masuk bilik untuk merehatkan otot-otot kami yang memang amat keletihan. 228 anak tangga dan tanah yang cukup cerun. Bagi sesetengah orang yang agak 'berisi' pasti akan menyumpah-nyumpah pihak OBS kerana menempatkan kami di situ. Tapi nak tak nak kena juga habiskan tenaga untuk sampai ke bilik.

Hari ketujuh:
Hari terakhir kami berada di OBML. Alhamdulillah, berjaya juga menghabiskan semua courses yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pukul 11 kami tiba di UTP.

p/s: InsyaALLAH gambar akan menyusul kemudian.

Tuesday, June 16, 2009

BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010


Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian berikut:-

iii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir, Maghribi dan Jordan – Universiti Al-al Bayt, Universiti Mu’tah, Universiti Yarmouk dan Universiti Jordan.


2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


i. Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.

ii. Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.

3. KELAYAKAN AKADEMIK


iv. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan Dan Maghribi.


a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaru dengan mendapat 5 Kepujian iaitu mendapat A 2 dalam matapelajaran Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi dan sekurang-kurangnya Pangkat B dalam matapelajaran berikut:-


i. Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah

ii. Pendidikan Syariah Islamiah DAN

iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu


CARA MEMOHON


a. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati daripada Pejabat Yayasan Terengganu.


b. Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu: http://www.ytrg.terengganu.gov.my.


7. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-


a. Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan.


b. Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (transkrip).


c. Lima (5) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke Rusia dan Mesir).


d. Dua ( 2 ) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke program Jurutera / Juruteknik Penyenggaraan Dan Juruterbang Kapal Terbang).


8. TARIKH TUTUP

Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu pada atau sebelum tempoh berikut:

a. 30 April 2009 bagi Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mesir, Jordan dan Maghribi (kemasukan berdasarkan Diploma).

Sumber: Yayasan Terengganu

Sebarang persoalan berkenaan pembelajaran di Morocco, sila hubungi saudara Ikram Hakim.

p/s: Morocco = Maghribi.

Wednesday, June 3, 2009

Stadium Oh Stadium


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

Rekaan Pelukis

Hampir Siap

Tak ada ribut tak ada tsunami(ayat pembaca berita) tapi tiba-tiba..60% Struktur Bumbung Musnah

Runtuhan Bahagian Dalam Stadium

Bulatan Menunjukkan Bahagian Runtuhan

Raksasa Mengganas..opss

Gambar raksasa mengganas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Aku sebenarnya banyak meletakkan gambar-gambar stadium ni untuk menunjukkan kepada semua bahagian sebelum runtuhan bumbung dan selepas runtuhan bumbung di stadium baru negeri Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Ingat nak letak gambar yang aku ambil sendiri tapi kamera pulak abang aku pegang sebab semalam pun aku pergi dengan abang aku. Damia pun ada tolong aku ambil gambar runtuhan tu semalam..hehe.

Hakikatnya, manusia sebenarnya tak dapat melawan ciptaan ALLAH. Baru bangunan yang bernilai pada mata manusia namun bangunan(baca: langit dan bumi) ALLAH lebih bernilai sebenarnya. Tapi manusia sebenarnya telah banyak membawa kerosakan atas ciptaan ALLAH ini. Tak percaya tengok kenaikan suhu bumi kita dah la. Tak payah susah-susah nak buat reseacrh pula.

Dalam perjalanan ke tempat kejadian pun banyak yang aku bualkan dengan abang aku(papa damia) yang merupakan seorang Jurutera Awam. Nasib baik la abang aku ada projek kat Terengganu. Boleh la aku pergi tengok dan dengar pendapat dia sekali pasal runtuhan tu. Dia kata dia pun tak dapat nak agak sebab apa kemungkinan runtuhan tu berlaku tapi dia ada je kawan kat syarikat yang membina stadium tu. Boleh la nanti aku tahu cerita sebenar.

Aku sebenarnya dalam tempoh bercuti. Balik Terengganu ni pun seminggu je. Lepas tu pergi UTP balik. Tapi balik-balik je dah dapat berita ni dari Azizi. Nasib baik dia tak ajak aku pergi main boling kat stadium tu pagi semalam. Kalau tak entah sempat lari ke tak dari stadium tu. Tapi runtuhan tu berlaku pukul 7.30 pagi. Mana sempat aku nak masuk dalam..haish.

p/s: Aku terpaksa guna laptop akak aku sebab laptop aku ada kat Tronoh sekarang ni. Terpaksalah guna laptop ni dulu tuk sementara. Malas nak bawa balik la.

 

MyCartopia.com Click here to get one