Bebaskan Palestin!

Sunday, July 19, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan


السلام عليكم و رحمة الله وباركاته

Alhamdulillah. Akhirnya aku berkesempatan untuk update blog aku yang dah lama tak bertulisan baru. Ini pun baru je sampai bilik. Tadi pergi majlis penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Chancellor Hall(CH). Pertama kali aku pergi majlis sebesar ni. Biasa CH tak ada la penuh sampai macam ni. Tak tahu la kalau ada majlis-majlis lain yang lebih besar daripada kat UTP ni. Tapi setakat aku masuk UTP ni memang yang ni je la aku pernah pergi.

14-18 Julai 2009. 5 hari pertandingan dijalankan. Dan aku sempat pergi 4 hari je. 1 hari terpaksa buat kerja. Seronok juga tengok majlis ni secara live. At least boleh dapat pengalaman baru. Tengok bodyguard2 orang2 besar. Kelakar betul. Kalau tengok betul2 kat diorang ni, mesti akan perasan bodyguard2 ni akan betul2 alert dengan semua orang. Ye la, mana taknye kalau orang tu public figure dan lagi2 kalau orang dah tak suka. Tu la, lain kali jangan rampas kuasa senang2 je. Nanti bayang2 sendiri pun takut!


Kembali ke majlis tadi. Johan lelaki adalah dari Sarawak dan Johan perempuan adalah dari peserta tahun lepas berasal dari Perak. Aku sebenarnya tak faham macam mana penentuan johan. Tapi yang aku tahu macam ni je la. Kebanyakkan peserta pun aku lihat dah pernah masuk Akademi Quran(AQ). Ada la beberapa orang aku kenal sebab pernah tengok rancangan tu dulu. Majlis penyampaian hadiah aku tak tengok. Aku tak dapat dalam CH pun tadi. Duduk kat luar je tengok kat skrin yang disediakan.

Kat luar pun ramai je orang. Hampir penuh kawasan Chancellor Complex tu. Booth2 kat situ pun aku tengok penuh dengan orang je. Sampai tak menang tangan penjual2 kat situ. Rugi la department aku tak menjual malam ni. Kalau la jual mesti dapat banyak untung. Oh ye, tak ingat nak cerita tadi. Sebenarnya tadi pun aku sempat kena buat kerja Convo. Sampai2 je terus Zahid(Bendahari 2 Convo) suruh aku edarkan flyers dan pamphlets untuk promote event Games & Competition Department. Nasib baik la aku kena tak banyak. Boleh la habiskan cepat. Lepas tu terus pergi tempat lain.

Semoga sepanjang majlis tu ramai orang dapat manfaatnya. Kalau tengok budget yang digunakan untuk majlis macam tu mesti agak tinggi. Moga2 yang sanggup sembahyang isyak lambat semata-mata nak dapat tempat duduk dalam CH tu bertambah keimanan mereka lepas dengar alunan al-Quran tu. Tak lupa juga kepada diri aku sendiri dan orang2 lain yang turut serta mendengar. Manfaatnya pula kalau dapat disampaikan kepada orang lain lagi la bagus. Habis kurang bertambah maju la Islam kat Malaysia ni. Kan ni event Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Kat situ pun ada perkataan MAJU. Kalau tak maju juga tak tahu la nak kata apa lagi. Sia-sia la tax payers bayar cukai. Habiskan duit rakyat je la jawabnya.


9 komentar:

Tg.Nadhirah said...

Salaam..
Mabruk 'alaik krn dapat hadir program camtu.. bagus2.. W/pun kita mungkin x layak utk bertanding, sekurang-kurangnya dgn mendengar alunan ayat2 Al-Quran itu dapat meningkatkan lg keimanan kita..

Urm, dh nk masuk 2nd yr 2nd sem ye? Semoga berjaya imtihan dunia & imtihan akhirat..

areistida89 said...

ha.jo pon tgk jgk kat tv, agak doh sy kasif mnang lg

nyway, laki pon sedap

kerokimi said...

Kpd Nadhirah: Wassalam..terima kasih..insyaALLAH..

Kpd Jo: laa..bakpe tgk kat tv je??meh ah utp..hehe..

irsyad said...

merioh2...parking penuh sapa ke main hall... memang merioh

kerokimi said...

nape gop mg syad..
mari hari last je..
wat pende..
org xdop dh bace..
ish3

lukpi said...

bapak best..
bgs btol si kero ni
spe2 brminat bole wat tmphn skrg..
heh

kero kimi said...

tempahan ape plop lukpi weh??

lukpi said...

tmphn utk mu la..haha
org bagus2 ni msti rama mnat
jd ak buke tender sape2 nk pnang mu..setuju?

kerokimi said...

hahahah..
tuk aku lop..
ak xpe pi..

mg o duk jaoh..
duk jaoh kene ade org jage..
heh

 

MyCartopia.com Click here to get one