اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Rekaan Pelukis
Hampir SiapGambar raksasa mengganas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Aku sebenarnya banyak meletakkan gambar-gambar stadium ni untuk menunjukkan kepada semua bahagian sebelum runtuhan bumbung dan selepas runtuhan bumbung di stadium baru negeri Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Ingat nak letak gambar yang aku ambil sendiri tapi kamera pulak abang aku pegang sebab semalam pun aku pergi dengan abang aku. Damia pun ada tolong aku ambil gambar runtuhan tu semalam..hehe.
Hakikatnya, manusia sebenarnya tak dapat melawan ciptaan ALLAH. Baru bangunan yang bernilai pada mata manusia namun bangunan(baca: langit dan bumi) ALLAH lebih bernilai sebenarnya. Tapi manusia sebenarnya telah banyak membawa kerosakan atas ciptaan ALLAH ini. Tak percaya tengok kenaikan suhu bumi kita dah la. Tak payah susah-susah nak buat reseacrh pula.
Dalam perjalanan ke tempat kejadian pun banyak yang aku bualkan dengan abang aku(papa damia) yang merupakan seorang Jurutera Awam. Nasib baik la abang aku ada projek kat Terengganu. Boleh la aku pergi tengok dan dengar pendapat dia sekali pasal runtuhan tu. Dia kata dia pun tak dapat nak agak sebab apa kemungkinan runtuhan tu berlaku tapi dia ada je kawan kat syarikat yang membina stadium tu. Boleh la nanti aku tahu cerita sebenar.
Aku sebenarnya dalam tempoh bercuti. Balik Terengganu ni pun seminggu je. Lepas tu pergi UTP balik. Tapi balik-balik je dah dapat berita ni dari Azizi. Nasib baik dia tak ajak aku pergi main boling kat stadium tu pagi semalam. Kalau tak entah sempat lari ke tak dari stadium tu. Tapi runtuhan tu berlaku pukul 7.30 pagi. Mana sempat aku nak masuk dalam..haish.
p/s: Aku terpaksa guna laptop akak aku sebab laptop aku ada kat Tronoh sekarang ni. Terpaksalah guna laptop ni dulu tuk sementara. Malas nak bawa balik la.








5 komentar:
pandai damia amik gambo ek..huhu~
nanti kalo dh dpt info sbnr dr org2 syrkt tu update ek.. nk tau gk pe jd sbnanye..
hahaha..
snap je la..
pe susoh..
ish3
laa..
bkn ke ur dad civil engineer jgk ke???(eh..ke salah??)
tnye la kwn2 dia..xkn xleh korek skit2..huhu
parok ganu lenimm
parok2 haha
malu ke org je
weh mg tggal laptop??
stended dh ..
yerp..
tinggal laptop..
mls ekpom wat blik..
Post a Comment